3 perkara penting yang anda kena elak dari kena violation untuk konten video atau live di tiktok.
1. Video-video anda perlu original dari anda, edited dari anda sendiri. Kalau ambil video creator lain setelah diizinkan, anda perlu kreatif dalam edit, tambah tolak frame, tambah subtitle, stitch dengan video anda dan lain-lain. Asalkan berbeza dengan video original.
2. Dalam video tidak boleh panggil orang untuk komen like share follow. Jika akaun tiktok anda didapati ada video yang mengajak follow, like, share, akaun tiktok anda tidak akan diizinkan untuk ada tiktok shop. Biasanya status failed jika link dengan seller center tiktokshop.
3. Video/live kandungan seksual contoh masa live pakai baju yang ketat nampak lurah. Atau memakai stokin panjang yang tidak berseluar.
Nak cakap pun malu ni... Jadi pakailah pakaian yang sopan semasa live atau dalam video.
Polisi ini tertakluk kepada tiktok yang ada tiktok shop, yang link dengan seller center, yang menjual di tiktok. Tidak kisahlah video atau live anda tiada bag kuning. Anda perlu elak dari melakukan 3 perkara di atas.
.
Nak berniaga dekat tiktok ni apa yang penting adalah anda perlu faham polisi tiktok. Banyak lagi polisi tiktok yang penting perlu dielakkan.
Tiktokshop sentiasa update polisi. Kejap2 update polisi, kejap2 tambah polisi. Sampai kita pening dan takut nak berniaga dekat tiktok. Andai silap langkah bertambah2 point violation yang sekejap je boleh sampai maksima 48 point.
Sentiasa semak di seller center bahagian announcement untuk update dari tiktok shop.
Anda boleh join group premium tiktok under kami emafaz untuk dapatkan bahan belajar dalam bentuk kelas live, rakaman kelas dan ebook. Juga disediakan support di telegram dan facebook group.
Rujuk link ini
https://form.emafaz.com/order/form/groupsupporttiktok