Group Coaching Shopee

Group Coaching Shopee

GROUP COACHING SHOPEE

 

Kelas online secara grouping ini akan bermula pada 10 Mei 2022. Kaedah pembelajaran adalah seperti berikut : 

 

  • Kaedah pembelajaran adalah secara online melalui aplikasi ZOOM kerana ianya fleksibel
  • Dalam setiap sesi akan ada aktiviti bersifat praktikal dan komunikasi 2 hala
  • Assignment juga akan diberi ketika kelas berlangsung
  • Rakaman kelas akan diberikan bagi memudahkan rujukan peserta
  • Sebarang permasalahan sepanjang program berlangsung boleh rujuk secara personal
  • Group support akan ditubuhkan selama 3 bulan baagi menyelesaikan apa-apa kekeliruan tentang modul

Mempunyai 5 modul pembelajaran dan 1 BONUS modul.

 

MODUL 1 

TARIKH : 10-11 MEI 2022

Macam mana nak kira margin untung jualan kita yang sebenarnya?

Pernah tak kita buat kiraan tepat bahawasanya jualan kita tu sebenarnya membawa keuntungan atau kerugian? 

Dalam group coaching Shopee kita akan pelajari menggunakan kalkulator margin keuntungan melalui excel file. 

Template kalkulator ini anda akan dapat dari hari pertama group coaching berlangsung. Semudah memasukkan beberapa amount anda akan tahu bisnes anda sedang dalam kerugian atau pun tidak. 

Dalam modul pertama juga kita akan bersama kaji dan semak kedai Shopee sama ada perlukan pembaikan atau tidak. 

Pecahan modul yang bertajuk FORENSIK KEDAI ini akan kami bahagikan kepada beberapa orang dalam setiap 1 sesi. Setiap peserta akan berbincang bersama kami untuk memperbaiki kedai supaya menjadi high conversion. 

Proses ini amat penting sebelum memulakan marketing online supaya proses perjalanan prospek untuk membeli menjadi lebih mudah. 

Template business insight akan diberikan supaya anda dapat monitor setiap pembaikan dan perubahan dalam Shopee. Andai data ini kita kaji, kita akan dapat detect pembaikan mana yang mendatangkan hasil yang lebih untuk bisnes Shopee kita. 


MODUL 2

TARIKH : 17 MEI 2022

Kenapa kedai A tu dapat jual lebih banyak dari anda padahal apa yang dijual sama saja dengan anda.

Nak menang dalam persaingan? Anda perlukan strategi tawaran produk yang tak dapat ditolak oleh prospek. Kami panggil IRRESISTIBLE OFFER atau pun TAWARAN MELELEH.

Dalam modul 2 ini kami akan memberikan beberapa contoh bagaimana untuk mencipta offer sedemikian. Anda perlukan elemen ini untuk kekal menang dalam persaingan.

Selepas berjaya buat offer, tiba masanya untuk anda deko kedai. Bukan sahaja untuk tersusun rapi, kemas dan cantik, tetapi juga dapat sampaikan maklumat yg penting untuk pelawat kedai. Contoh kreatif banner bagi promosi yg sedang dijalankan. Langkah ini penting untuk memberikan keyakinan kepada prospek terus membuat pembelian. 

Kedai anda telah pun sedia menerima pelawat, listing produk anda kuat untuk meyakinkan prospek, offer yg anda tawarkan sangat menarik, anda tidak boleh duduk diam menunggu prospek datang ke kedai anda. Anda perlu lakukan sesuatu untuk tarik trafik masuk ke kedai anda. 

Di sini kami akan terangkan permulaan marketing secara zero cost marketing untuk menarik trafik masuk ke kedai. Anda akan diberikan plan marketing sebulan untuk susunan apa aktiviti yg anda perlu lakukan seharian secara berjadual. 

Aktiviti2 anda akan dipantau oleh kami dan kami akan fokus secara individu sehingga anda boleh dapat jualan pertama atau dapat semula jualan setelah sekian lama sendu. 


MODUL 3

TARIKH : 20 MEI 2022

▫️Forensik data business insight

Kita akan bersama kaji data penting dalam bisnes online. Selepas mengikut jadual yg kami sediakan, kita akan kaji semula data insight yg kita dapat. Di sini kita boleh ukur prestasi semasa dan apa yang perlu diperbaiki. 


▫️Retargeting engagement

Dari modul 2, anda melakukan aktiviti2 pemasaran bagi menarik trafik yang ada. Di sini, ada engagement yang akan dilakukan oleh prospek terhadap kedai anda.

Jadi pada semua prospek yang engage :

Like product
Add to cart
Follow
Buyer

Semua kategori engagement ni kita akan selalu ingatkan mereka balik tentang produk kita. Prospek ni kena selalu diingatkan baru la kita mudah untuk menjual. Kita akan guna tools marketing yg shopee sediakan untuk blast mesej kpd prospek. 


Plan marketing bulanan (timeline)

Rancang awal sebelum melakukan apa-apa promosi. 

Dari hari pertama sehingga penghujung bulan kita perlu merancang bagaimana untuk membuat pemasaran yang efektif dan konsisten. 

Kami akan kongsikan strategi pemasaran yang boleh kita buat dalam masa sebulan.


Kalkulator kiraan Kos marketing

Anda akan dibantu dengan kiraan kos marketing yang sepatutnya anda keluarkan setiap untuk mencapai goal yang telah ditetapkan.

Tak perlu kira-kira yang memeningkan, kita akan belajar bersama kalkulator yang telah kami buat dalam bentuk excel.

Semudah masukkan beberapa data kita akan ketahui kos marketing yang diperlukan. 

Kesemua ini ada dalam modul 3. InsyaAllah kita akan sama-sama belajar membina perniagaan online 👍👍


MODUL 4

TARIKH : 22 MEI 2022

Dalam modul 4 kita akan belajar tentang Shopee ads.

kami akan perkenalkan 2 Fasa dalam membuat Shopee ads. Fasa pertama kita akan kumpul data dahulu dengan menjalankan beberapa TEST. Tujuan test ini bagi membolehkan kita menganalisis dan tahu kedudukan iklan kita dimana.

Selesai mendapatkan DATA tersebut, memasuki ke Fasa 2 iaitu Fasa Monitor & Improve data yang kita perolehi. Proses ini mungkin juga boleh memakan masa 1 hingga 2 minggu bagi mendapatkan keputusan yang memuaskan.

Ada bisnes yang sesuai menggunakan Shopee ads dan tak kurang juga ada yang tak sesuai. Kita akan analisis bersama data-data yang telah kita perolehi dan improve dan adakah ianya berbaloi untuk teruskan atau tidak ( make decision)


MODUL 5

TARIKH : 27 MEI 2022

Jom tambah platform perniagaan online. Kalau sebelum ni hanya bertumpu pada marketplace milik orang lain, apa kata anda tambah lagi platform perniagaan online

Apa yang istimewanya e-commerce ni ianya milik anda sepenuhnya. Hanya 1 fee saja yang dikenakan iaitu fee payment gateway sahaja. Menariknya fee ini flat rate. Tak kira jualan anda bernilai ratusan ringgit, fee masih kekal dengam Rm1. Itupun kita ada pilihan sama ada nak kenakan pada customer atau anda sendiri yang serap kos tersebut. 

Dalam e-commerce juga, kita bebas memilih courier service yang kita mahukan. Tiada lagi sekatan terpaksa menerima courier yang ditetapkan oleh pihak lain. 

Persoalannya :

Mahal ke nak setup website e-commerce kita sendiri? 

Jawapannya TIDAK. Anda boleh dapatkan plan bulanan percuma website e-com sebagai permulaan

Terlalu teknikal ke sampai kena pandai coding website? 

Ianya semudah drag n drop sahaja. Andai anda ada listing di Shopee. Lebih mudah dan cepat untuk e-commerce anda siap. 

Banyak lagi kami nak cerita tentang e-commerce ni dan kami sangat excited untuk berkongsi dengan anda cara kami bina perniagaan e-commerce! 

Dalam modul 5, kita akan sama2 belajar :

Platform Ecommerce

Beberapa platform e-commerce yang popular digunakan di Malaysia.

Bina E-commerce anda

E-commerce ini bukan baru lagi. Tapi masih belum terlambat untuk anda mulakan dari sekarang membina perniagaan online anda sendiri. 

Kita akan belajar terus untuk masukkan produk, buat sedikit dekorasi dan cara untuk memasarkan e-commerce anda. 
 


MODUL 6 (BONUS)

TARIKH : 28 MEI 2022

Tik tok ads

Salah satu platform media social yang semakin meningkat naik - TIK TOK

Boleh ke kita berniaga di Tik tok? BOLEH!

Menariknya,anda tak perlu buka akaun tik tok pun untuk buat Tik Tok ads ni dan tak perlu pun tunjuk muka kalau nak promote jualan kita dalam bentuk video.

Dalam modul bonus Group coaching Shopee ni, kami kongsikan cara untuk buat Tik Tok ads.

Fun fact : kos per click di Tik Ton ads masih tersangat murah berbanding dengan Facebook ads. Kalau boleh jangan terlepas train untuk belajar tik tok ads ni ya!
 


 

 

Anda berminat untuk membina perniagaan online anda sendiri? Daftar kelas kami di https://osini.co/emafazcoaching